Assalamualaikum.
Hari nie bukan aku nak menyamar jadi baik, tapi biasa2 je. Janji korang enjoy reading ok.
Sebenarnya apa maksud enjoy reading? Eh silap apa maksud peluang, chance, opportunity? Samalah tue. Korang betul2 percaya ke peluang hanya datang sekali dalam hidup? Kalau mindset korang dah macam tue maaflah tak dapat tolong. Kalau betullah peluang datang sekali dalam hidup, alamak bodohnya kita, membazirnya bila terlepas peluang yang sekali tue.
Aku bukan nak membantah, bukan jugak nak membongak. Ala aku dengan ideology sendiri. Ikut suka hatilah. Akukan budak kecik lagi dah tentulah tak berapa matang berfikir. Meh aku nak beritahu apa yang aku nak cakap. Peluang tue, bagi aku ada di mana2 je. Terserah pada korang nak ambik ke tak.
Tapi ingat, peluang yang sama mungkin takkan datang dua kali. Peluang tue bersepahlah kalau nak tahu. Cuma kita nie rajin ker? Rajin sangat ke nak cari peluang tue? Nak dapatkan peluang tue? Aku rasa ramai antara kita yang goyang perut tunggu peluang tue datang cari dia.
Aku rasa mungkin adalah kot, tapi malas nak ambik port dengan orang pemalas macam tue. Sebenarnya aku pun malas gak tapi dah sedarlah jugak. Ok macam nie lah,bila korang kena buang kerja apa korang buat?
a) Makan nasi dengan garpu (tak waras)
b) Karaoke
c) Dangdut(untuk golongan tua sahaja)
d) Masih bersikap cool ‘’takpe esok aku pagi2 aku pegi pukul ex-bos aku”
e) Menangis setiap kali sebelum tidur
Bangun2 janganlah emosional sangat. Life memang macam nie, kalau takde asam garam kehidupan ko nak apa? Gula2 kehidupan? Nak yang manis je? *iklan : yang kecik2 sekarang pun bole kena kencing manis. Semua yang terjadi mesti ada hikmahnya, ambil positif setiap apa yang terjadi. Bukan tue tanda penamat dalam hidup.
Esok bangun pagi2 pegilah apply job baru, cari something yang baru. Ada orang cakap, ‘’something new lead even more challenging’' – aku yang cakap sebenarnya. Pendapat aku, tuhan mungkin nak tolong ko, pegi dapatkan kerja yang lebih baik. Mungkin syarikat ko yang sebelum nie bakal bankrap, so ko dah blah awal2 bolehlah prepare sikit, takdelah terkejut sangatkan nanti? Lagi satu mungkin syarikat ko yang sebelum nie buat suatu perniagaan yang mungkin haram, melanggar undang2 dan pendapatan ko secara otomatik jadi kurang berkatlahkan? Nak bagi makan anak bini lagi macam mana kira tue? Jadi tuhan dah tolong kita, cari sesuatu yang baru mungkin tidak baik seperti sebelumnya. Paling kurang ko dah selamat dunia akhirat.
Toksah nak layan perasaan sangat2 macam orang putus tunang, nak hidup kena rajin. Rezeki tak datang bergolek, peluang takkan datang cari ko yang gembeng macam tue. Pergi2 cari kat luar sana banyak lagi peluang baru jangan nak mindset sangatlah ‘’peluang tue cuma datang sekali’’ eleh, setakat gaji 4,5 ribu pastu kena buang dah mula cakap hidup dah berakhir. Rileklah, lepak chill dulu.
Tak kisahlah yang tengah bekerja ke yang masih tengah tunggu result SPM ker, yang asyik failed je belajar tak lepas2 ker toksah risau, cuba lagi, cuba banyak2 takyah nak putus asa bagai. Oh boleh jugak yang putus tunang tue? Cuba banyak2 lagi ok, jangan nak frust menoggeng sangat. Jangan cari yang lawa2 jer kalau muka dah macam pecah rumah. Bukan nak mengutuk, realitinya memang memberi kesan besar pada perhubungan. Lol
Peluang di mana2 owkeyh! Ikut suka hati...
hahaha bnyk betul ko bebel. tp bgus la. aku setuju dengan kata2 ko.
ReplyDeletehaha jd jgn kisah. ikut suka hati :D
ReplyDelete