Kasihan juga tengok pendatang2 asing nie kena tangkapkan? Yelah, nak masuk Malaysia punya pasal sanggup tinggal isteri kat kampung, yang lagi best bawa anak sekali mengembara masuk Malaysia. Cari pengalaman awal katanya. Senang cerita macam praktikal yang diberikan oleh si ayah kepada anaknya. Yang lagi sedih, bapak dah cabut dulu bila kena serbu. Ish3 nie petikan daripada kosmo 7.6.2011 padahal tiap2 hari ko beli kosmo pun ada je cite macam nie.
Pendatang tanpa izin nie atau dikenali sebagai skuad PATI bukan datang sikit2, sekali datang macam 3 bas. Tapi jalan kaki la ramai macam konvoi gitu. Bukan apa, gaji kat Malaysia nie nak kata dibayar tinggi tak juga, kebiasaan diorang nie digelar tenaga buruh kos rendah. Kira untunglah mana2 company ambik diorang. Diorang peduli apa, janji dapat kerja. Nie antara sebab2 aku kenal pasti diorang datang Malaysia dari segi halal or haram jadah.
*bencana macam kemarau, banjir & sewaktu dengannya
*peluang kerja kat negara sendiri rendah sebab populasi tinggi sangat
*kos hidup tinggi kat sana, tak mampu nak tanggung
*rusuhan dan darurat
*pemimpin diorang mengamalkan pakai kuku besi
*Malaysia aman, banyak tempat senang nak dapat kerja, lagi2 pam minyak
*sistem pertahanan Malaysia lemah, nak masuk senyap2 kacang je macam kunyah kacang
*cari jodoh, sebab awek Malaysia cun2, lagi2 isteri orang. Mungkinlah
*barang2 kat Kelantan murah. Yang nie tipu
Tue baru cerita pasal gaji yang sikit. Dah tahu gaji Malaysia nie sikit, datang juga. Sebenarnya, ringgit Malaysia(RM) nie bila dah ditukar kepada mata wang asal diorang memang masyuk. Lagi2 peluang pekerjaan di Malaysia nie macam "cendawan tumbuh selepas dipetik, dan tumbuh lagi selepas dipetik berkali2''" kira tak serik2 nak tumbuhlah.
Ala tengoklah mana2 pun, kalau kat pam minyak tue dah biasa kita tengok bangla yang jadi cashier sampai aku nak isi minyak pun kena cakap ‘urdu’. Susah betullah apesal aku plak macam kat negeri orang. Nie sampai ke buka gerai burger pun ada warga asing yang jadi owner.. weh mana pergi orang2 malaysia nie? Takde keje ker? Sume dah pandai ker? Ke lepak chill kat umah tengok wonder pets & spongebob, sambil garu ketiak?
Tak kisah & suka hati dioranglah nak datang Malaysia sekalipun, janji secara halal. Yang datang senyap2 nie macam kentut dalam guni bagai semua orang tak sedar nie kenapa? Yela, nak buat visa tak mampu. Nak bayar ejen lagi tak mampu. Jalan mudah potong dawai2 besi kat sempadan, lompat pagar ramai2 dah sampai Malaysia. Lagi best beli 2 kotak rokok upah untuk penjaga sempadan. Kira kategori suap2 la nie.
Siapa suruh orang Malaysia malas? Siapa suruh memilih kerja sangat? Tahulah lepasan ijazah, master or whateverlah. Tengok macam sorang mamat nie “ala mak, saya nie penat2 dapatkan ijazah takkanlah nak kerja pam minyak? Takde standardlah. Budak2 spm pun boleh, geng2 bangla, Nepal sume boleh, banyak membantu ape”. Tiba2 kawan kepada mamat nie, Roslan namanya menyampuk. “Betul tue makcik, saya nie walaupun takdelah belajar tinggi2 macam anak makcik nie, setakat kerja pam minyak tue, baik saya toreh getah. Takdelah saya malu sangat kalau sedara2 mara saya nampak saya" Kedua2 mereka bahlul agaknya, sebab buat makcik nie tergamam 5 saat tahan geram.
Wak lu.. kalau semua orang Malaysia pikir macam tue, siapa nak isi sektor2 yang kosong kat Malaysia nie? Jangan jadi malas sangatlah, kerja takkan datang bergolek, kita carilah jangan nak memilih sangat2. Nanti lepas2 stabil tue simpan la modal buat apa yang kita nak buat sangat. Yang datang dari Nepal, bangle & segenap bagai tue ko ingat diorang tak reti hafal abc ker? Diorang pun ade lulusan universiti juga, ada yang taraf pendidikan dia lagi kental dari 2 ekor mangkuk tadi.
Ok, bila masalah ekonomi berlaku, desakan hidup dan masalah macam2 lagi kita tak payahlah nak memilih sangat. Duduk bawah ketiak mak lagi bolehlah bebel2 macam tue. Cuba contohi orang asing tue sikit, sanggup buat acara lompat pagar bersiri lagi datang Malaysia. Lepas kena tangkap lompat lagi, lompat lagi dan lompat lagi. Ha kira ketabahan tue tak pernah hilanglah jugak. Cuba tanya umur diorang? Haa baru 13,14 tahun dah pandai nak berdikari sedemikian rupa. Yang ko tue umur dah nak masuk 30 pun menyusahkan mak bapak dan masih berharap kerja yang setaraf dengan sijil menjahit Mara ko tue datang bergolek. Sape nak offer kat monyet malas. Monyet kat zoo pun bangun seawal 6 pagi training.
Aku rasa tak payahlah nak cerita panjang lebar, korang boleh pikir sendiri. Suka hatilah nak buat apa jangan sampai sakitkan mata aku dah kang tak pasal aku bebel2 lagi.
*rakyat asing ramai, jadi rakyat Malaysia bolehlah tumpang sekaki belajar bahasa2 diorang
*boleh buat kawan pena, sebab bukan satu kebanggaan ke bila kita “hei kiah2 aku ade kenal mamat luar negara tahu? Yusof namanya. Dia dari Uzbekistan dulu dia keje kat Caltex sini je..”
*lepas nie yang geng2 kita malas kerja tue bolehlah jadi mat rempit, kaki dadah, kaki ragut & rompak. Diorangkan semua pandai2 lepasan UniKL lagi
Mekacih.
lps ni aku nak bwk duit byk2 g negara diorng.. bleh jadi org kaya kat sana~♪
ReplyDeleteaku cadangkan juga ko terus tukar kerakyatan :P
ReplyDelete