Thursday 30 June 2011

sindir kau

Entry kali nie bukan saja2 nak kutuk ker nak sakitkan hati mana2 pihak. Tapi aku dengan sengajanya berniat nak buat macam tue. Ikut suka hati. Start.

*Amar a.k.a operator pengeluaran kilang
*Rudy a.k.a budak sekolah rendah

Amar : Weh ko sini jap.

Rudy : Kenapa bang? Saya nak cepat nie, sakit perot.

Amar : Kejap tue maksud die tak sampai seminit. Cepatlah.

Rudy : Haa yela, nak tanya jalan ke nie?

Amar : Takdenya aku nak tanya jalan, aku yang nak bagitahu jalan kat ko nie. Kat depan tue ade traffic light kan? Ko masuk kiri, lepas tue ko jalan je tak perlu belok2 sebab memang takde simpang pun kat situ.

Rudy : Ha? Kenapa tiba2 jadi baik nie? Kalau saya nak belok2 juga boleh? Tapi saya tak kenal abang pun?

Amar : Jangan jadi bodoh sebab kat situ parit kiri kanan. Boleh tak jgn mencelah? Aku tak habis cakap lagi. Aku Amar, seorang lelaki.

Rudy : Haa cepatlah. Lelaki rupanya. Dah seminit nie, tak tahan dah. (selamba bodohkan aku, dahlah tak bagi salam tadi)

Amar : Ok sambung balik, lepas tue dalam 300m ko akan jumpa tiang lampu yang tumbang, ko masuk kanan. Lepas tue ko jalan dalam 3,4 meter ko berhenti je ko akan jumpa seseorang.

Rudy : Seseorang? Kenapa saya pulak kena jumpa nie?? Saya nak cepat nie sakit perot tadi banyak makan betik. Lagi pun siapa seseorang tue?

Amar : Diamlah ko, dengar je ckp aku. Aku nie garang orangnya tahu? Seseorang yang aku cakap tue, orang yang inginkan perhatian tetapi jual mahal. Senang cerita ego lebih.

Rudy : Ini serius bang, mungkin sebab saya selalu ponteng sekolah tapi saya bukan bodoh. Saya tak berapa paham ape kaitan cerita abang nie dgn saya??? Lagi pun saya nak balik, rumah kt dpn tue je, ha nampak mak dah panggil dah. Rudy oo Rudy...(sambil buat suara perempuan)

Amar : Memang la ko takde kaitan, aku saja je buat cerita nie sebenarnya aku tgh sindir orang.

Rudy : Ok bye, nice to meet you. Buang karen betol.

Amar : Weh ada lagi 7 saat nie? Oii. Oitt.....(cakap sorang2 smbil makan coki2)

*Soalan : Siapakah gerangan yang Amar sindir tersebut?

Monday 27 June 2011

no idea

Okey2 tenang...tenang, firstly minta maaf dulu sebab dah lama rasanya tak update blog nie. Yang nie bukan saja2 malas, tapi sebab sibuk dengan kerja. Nak kata kerja tue melambak, tak juga sebab aku saja lambak2 kasi meriah sikit. Kenapa? Sebab aku suka hatilah.

Sekarang nie toksah mengharap sangat sebab aku pun tengah blurr nak wat entry apa nih. Isu apelah aku nak membebel sangat2 nie. Serius bosan, setiap hari baca blog budak2 nie, gelak dalam hati, lepas tue sambung wat keje. Pastu balik rumah tido kejap, bangun jer terus main game, makan tue pun kalau tak lupa, then tido pukul 5 pagi lepas ulang2 tengok anime sama 432 kali agaknya. Lepas tue bangun lambat pegi keje sambil sarapan dengan nugget. Masuk ofis, wat muka cool & innocent. Wah3, normal jugak hidup aku!

Jadi sape2 yang rase macam baik hati, lapang, serta perasan cute boleh la bagi idea apa yang aku nak tulis nie. Jangan mengarut2 sangat dah. Ada budak tue suruh aku tulis pasal futsal & game? Fish3 betol la.. Manalah aku ada masa nak buat review tue, keje aku membebel bukannyer bagi info2 or ape2 je yang sebegitu rupa. Harap maaf saudara, cari kat goolge kalau nak sangat.

Okeylah bye, sebab bosan. Thanks for reading, new entry will come soon...

Thursday 9 June 2011

ko pon sebok nak politik

Dalam blog aku nie, kalau boleh aku memang tak nak cerita pun pasal politik, agama, kaum. Benda nie memang ada sensitivity sendiri. Kalau ko takde ilmu tinggi baik jangan sentuh bab2 nie. Boleh mengundang hujan asid. Macam tue sekali ibaratnya. Apa? Ibarat tue tak sesuai? Ikut suka hati ko nak guna hujan batu ker, hujan duit ker asalkan menggambarkan kedasyatan. Owkeh?

Sebenarnya, aku cuma nak bagi peringatan sikit kat budak2 yang suka sangat cerita dengan lantangnya bab2 sensitif nie. Terutama pasal politik. Ok budak2 maksudnya orang yang dah baligh jugalah, tapi kira bawah umur 21 & toksah nak bongak sangat macam dia tue dah paham dunia2 politik nie bagai. Adik2, bila dah cukup umur silalah mengundi kalau dah gian sangat.

Dah tahu diri tue belum cukup umur, jangan buat pandai2 buka cerita politik sana sini. Haram jadah tahu tak? Bikin mata aku separa juling dengan orang lagak macho kiut macam ko nie. Senang2 tuding jari yang pemimpin nie jahat, yang nie baik sangat2, sayang dia. Haktuii.. yup mungkin betul dan mungkin salah dengan apa yang ko cakap tue. Tapi ingat siapa kita sangat nak berpolitik? Baru lepas sunat, baru belajar bercouple dah kepoh.

Ikut suka hati ko nak cakap aku jahil bab2 politik. I'm sorry ''kata amir raja lawak''. Ko cakaplah aku macam mana aku kebal kritikan. Lagipun aku kenal diri aku siapa, aku jugak tak pernah nak bukak isu2 politik nie kt public macam ko. Bukan sebab aku cetek sesangat bab nie, tapi aku tak suka, Nanti ko paham sendiri kenapa.

Senang cerita, aku nie walaupun boleh dikategorikan layak mengundi tapi aku tak daftar pun lagi. Takdelah busy sangat dengan duniawi just malas nak daftar. Ada beribu2 lagi orang macam aku nie. Memang kerajaan cakap mengundi itu wajib. Tapi masa ko kecik2 memanglah ko berkobar2 tengok bapak, jiran2 semua pergi mengundi. Ko pon sebok nak follow walaupun masa tue ko baru kenal perkataan ayam & biskut.

Aku pun macam tue jugak dulu, tapi bila ko dah mula beranjak dewasa, ko mesti paham punya. Apa tue politik? Ha bila ko dah layak ko bolehlah buat ikut suka hati hentam mana2 orang yang ko rasa betul nak tolong Malaysia ke Melayu ke or apa2 je. Jangan pandang sebelah mata beb, guna hati tue sekali. Aku bukan nak psycho ko nak mengundi siapa2. Aku sampai sekarang pun belum dapat hidayah agaknya nak mengundi siapa yang aku nak. Doakan aku dapat hidayah untuk mengundi ok? Just nak cakap, budak kecik diam boleh tak? Politik2...umur seciput.

Renung2 sikit :


Politik itu tak salah, tapi perlu ker politik apabila dalam keadaan macam nie? Ko sanggup? Ko masih cakap wajib? Aku sayang bangsa dan agama aku. Ko sayang siapa pulak?

Memecahbelahkan org Islam dan Melayu

Fitnah antara kaum dan agama

Kebanyakan org politik pengkhianat bangsa dan agama

Buka aib sendiri dan orang lain

Agama dipolitikkan

Rasuah & makan duit rakyat

Berpuak-puak dalam Islam/Melayu

Sanggup berkomplot dengan orang bukan islam, untuk kepentingan peribadi

Kedaulatan raja dipermainkan dan jadi pertikaian

cikgu, anak & mak bapak

Cerita yang nie tak tahu best ke tak. Aku terdetik nak memberi pendapat sikitlah pasal isu2 ibu bapa saman cikgu. Walaupun cerita nie dah bersepah & masyarakat pun kira macam dah lali dengan isu2 nie. Tapi bagi aku…ok jujur, bukan bagi aku, tapi bagi mata aku yang meluat tengok2 benda sebegini rupa. Jadi oleh kerana tak tahan menanggung sakit mata tak tentu hala, aku pun melempiaskanlah perasaan aku kat sini. Apa? Ikut suka hati…

Kalau zaman dulu, mak bapak hantar anak2 ke sekolah siap pesan dengan cikgu lagi, “cikgu nie anak saya, nanti ajarlah dia jadi orang berguna owkeh! Tak kisah nak sepak terajang kalau dia tak dengar kata.” Tiba2 mak budak tersebut menambah, “Tapi jangan sampai masuk spital yer, kami nie orang susah takde duit nak bayar yuran spital.” Akhirnya cikgu tersebut tersenyum dapat lampu hijau, budak tadi pun pura2 cool padahal dah cuak.

Tue pasallah ramai orang2 yang dulu berjaya. Diorang hormat cikgu2 nie macam mak bapak sendiri. Kita datang nak belajar, nak ilmu, tapi sibuk maki cikgu macam2 macam mana nak berkat? Ok jujur, aku tak pernah maki2 cikgu & kurang ajar semua. Tapi kadang2 kutuk sikit2 bersama teman2 yang sekepala je. Standardlah manusia, raya nanti datang rumah cikgu minta maaflah.

Cerita saman menyaman nie dah bosan dah, sikit2 nak saman. Takde kerja lain agaknya, daripada saman2 tue baik selesaikan secara berhemah, bersemuka, bawak pegi kedai kopi ke, then tanyalah apesal muka anak korang ada kesan macam lepas rekrut askar? Cikgu pun senang2 juga nak ceritakan hal sebenar. Nie tak, anak balik rumah mengadu kena pukul sikit, “jom kita pegi balai buat report!”.. Hekk ko, nak percaya sangat2 ke dengan anak tue? Sayang anak yek2 sangat. Jangan esok2 kita yang kena pijak. Weh, semua yang terjadi mesti ada sebab, so jangan nak kecoh sangat2 bertindak macam lembu kepanasan.

Apalah, ada cara mudah nak selesai pun nak ke court. Mak bapak banyak sangat tgk drama kat tb kot, sikit2 je “jumpa di mahkamah''. Ok fine, mungkin cikgu tue melampau, mungkin juga anak tue kurang ajar, mungkin juga mak bapak bertindak melulu. Jadi nak kena buat macam mana? Dah ko yang anta anak pegi belajar kat situ. Terimalah seadanya. Kata nak anak jadi insan berjaya. Konon.


p/s Jangan ingat cikgu pukul kita semua tue kira keganasan. Nak belajar memang perlukan ketegasan. Nak manja2? Ko dari kerabat diraja mana? Kalau dah masuk air banyak sangat memang kena ajar sikit. Pukul sebab nak mendidik owkeh!
.
.
.
.
.
*mak bapak boleh bukak sekolah sendiri, sekolah pondok pun boleh kalau tak cukup bajet. Bolehlah ajar anak2 nie dengan cara yang digemari.

*cikgu2 pun jangan nak naik darah sangat, kesabaran memang penting dalam mengajar si bodoh. Ok what, yang datang belajar tue pandai2 ker? Kalau dah pandai buat apa datang sekolah.

Tuesday 7 June 2011

angan2 ikut suka hati

Ini bukan nak cerita pasal angan2 mat jenin kena hempuk dengan buah kelapa, tapi cerita pasal angan2 aku. Apesal? Ikut suka hati akulah nak berangan pun. Bagi aku, angan2 tue pencetus kepada inspirasi. Yang nie petikan aku ambik dari Dr Fadzilah Kamsah. Dia kata kalau kita nak jadi orang yang berjaya, semua orang tak sah bermula dengan angan2. Kira first steplah tue.

Tapi kalau ada geng2 korang semua yang berangan nak jadi oltromen ke, nak jadi hulk ke yang tue bolehlah ko hempuk dengan buah kelapa. Jadilah sama dengan cerita angan2 mat jenin. Melampau tak sudah. Bila kita tengah best angan2, macam kitalah watak utama dalam tue. Macam kitalah yang paling hensem gedabak walaupun dekat dunia realiti ada jiran2 yang samakan rupa kita dengan jam randik.

Ada sesetengah orang tue berangan nak jadi kaya, tapi aku rasa majoriti mesti first angan2 korang nak jadi kaya kot. Aku pun sama, aku punya angan2 nak nie kaya raya. Best giler, tapi takdelah lokek2. Aku nak jadi orang first banyak masuk tv sebab banyak sedekah2 kat orang susah. Terkenallah aku camnie. Aku ada sebuah company, pekerja2 or CEO dalam tue semuanya daripada family aku. Best weh.

Aku nak semua family aku berserta suami isteri diorang tinggal dalam satu rumah. Rumah kotak tak mainlah. Yang aku cerita nie rumah banglo. Besar2 punya, aku nak upah banyak2 pak guard, gaji diorang basic rm2000. Ambik ko, aku nak tolong diorang juga, asyik jadi guard gaji tak sampai seribu. Sedih betul. Nasib baik aku seorang kaya yang prihatin. Pastu aku takdelah nak upah orang gaji, amah2 tue sume aku serius tak percaya. Habis aku kena rompak, habis hilang barang2 kat rumah aku. Diorang nie pikir apa, sarung bantal spongebob aku pun kena kebas.

Tue jelah kot angan2 aku. Nampak macam simple je. Yelah, nak jadi kaya. Asal ko tak berangan nak jadi artis ker jadi tentera laut ker? Dah tentu ikut suka hati akulah. Aku pikir, bila dah jadi kaya esok2 senanglah aku nak jadi apa2 pun. So, tue target aku. jadi mesti kena belajar betul2, dapat kerja yang best2 & bila dah jadi kaya jangan nak membongak. Hidup kena selalu beringat mana asal-usul kita owkeh! 


Angan2 pencetus inspirasi. Gudluck to u all. Selamat berangan2.

Peluang datang sekali dalam hidup?

Assalamualaikum.

Hari nie bukan aku nak menyamar jadi baik, tapi biasa2 je. Janji korang enjoy reading ok.

Sebenarnya apa maksud enjoy reading? Eh silap apa maksud peluang, chance, opportunity? Samalah tue. Korang betul2 percaya ke peluang hanya datang sekali dalam hidup? Kalau mindset korang dah macam tue maaflah tak dapat tolong. Kalau betullah peluang datang sekali dalam hidup, alamak bodohnya kita, membazirnya bila terlepas peluang yang sekali tue.

Aku bukan nak membantah, bukan jugak nak membongak. Ala aku dengan ideology sendiri. Ikut suka hatilah. Akukan budak kecik lagi dah tentulah tak berapa matang berfikir. Meh aku nak beritahu apa yang aku nak cakap. Peluang tue, bagi aku ada di mana2 je. Terserah pada korang nak ambik ke tak.
Tapi ingat, peluang yang sama mungkin takkan datang dua kali. Peluang tue bersepahlah kalau nak tahu. Cuma kita nie rajin ker? Rajin sangat ke nak cari peluang tue? Nak dapatkan peluang tue? Aku rasa ramai antara kita yang goyang perut tunggu peluang tue datang cari dia.

Aku rasa mungkin adalah kot, tapi malas nak ambik port dengan orang pemalas macam tue. Sebenarnya aku pun malas gak tapi dah sedarlah jugak. Ok macam nie lah,bila korang kena buang kerja apa korang buat? 

a)      Makan nasi dengan garpu (tak waras)
b)      Karaoke
c)       Dangdut(untuk golongan tua sahaja)
d)      Masih bersikap cool ‘’takpe esok aku pagi2 aku pegi pukul ex-bos aku”
e)      Menangis setiap kali sebelum tidur

Bangun2 janganlah emosional sangat. Life memang macam nie, kalau takde asam garam kehidupan ko nak apa? Gula2 kehidupan? Nak yang manis je? *iklan : yang kecik2 sekarang pun bole kena kencing manis. Semua yang terjadi mesti ada hikmahnya, ambil positif setiap apa yang terjadi. Bukan tue tanda penamat dalam hidup.

Esok bangun pagi2 pegilah apply job baru, cari something yang baru. Ada orang cakap, ‘’something new lead even more challenging’' – aku yang cakap sebenarnya. Pendapat aku, tuhan mungkin nak tolong ko, pegi dapatkan kerja yang lebih baik. Mungkin syarikat ko yang sebelum nie bakal bankrap, so ko dah blah awal2 bolehlah prepare sikit, takdelah terkejut sangatkan nanti? Lagi satu mungkin syarikat ko yang sebelum nie buat suatu perniagaan yang mungkin haram, melanggar undang2 dan pendapatan ko secara otomatik jadi kurang berkatlahkan? Nak bagi makan anak bini lagi macam mana kira tue? Jadi tuhan dah tolong kita, cari sesuatu yang baru mungkin tidak baik seperti sebelumnya. Paling kurang ko dah selamat dunia akhirat. 

Toksah nak layan perasaan sangat2 macam orang putus tunang, nak hidup kena rajin. Rezeki tak datang bergolek, peluang takkan datang cari ko yang gembeng macam tue. Pergi2 cari kat luar sana banyak lagi peluang baru jangan nak mindset sangatlah ‘’peluang tue cuma datang sekali’’ eleh, setakat gaji 4,5 ribu pastu kena buang dah mula cakap hidup dah berakhir. Rileklah, lepak chill dulu.

Tak kisahlah yang tengah bekerja ke yang masih tengah tunggu result SPM ker, yang asyik failed je belajar tak lepas2 ker toksah risau, cuba lagi, cuba banyak2 takyah  nak putus asa bagai. Oh boleh jugak yang putus tunang tue? Cuba banyak2 lagi ok, jangan nak frust menoggeng sangat. Jangan cari yang lawa2 jer kalau muka dah macam pecah rumah. Bukan nak mengutuk, realitinya memang memberi kesan besar pada perhubungan. Lol

Peluang di mana2 owkeyh! Ikut suka hati...

orang dewasa yang menyampah ke?

Apa maksud tue? Aku nak cerita pun macam payah. Penah tak korang rasa yang korang nie dah dewasa, dah berumur dan baligh. Lengkap semualah pakej kedewasaan tue. Beruban ker berjambang tue lain cerita. Dalam masa yang sama, teman2 sekeliling asyik sangat sibuk kata korang nie “ei dah besar pun perangai macam budak2, apa kes??’’ alahai, rileklah brader2 & cik kak kat luar sana.

Bagi akulah, ok bagi aku. dua kali ulang maksudnya?? Yea aku tengah serius.. biarlah diorang nak jadi macam mana sekalipun dengan usia matang tue. Asalkan tak buat pangai naik basikal roda 3 sambil kunyah twisties sudah. Dah tentulah diorang yang besar tapi berperangai budak2 nie sedar diri, diorang cuma tak nak jadi macam orang dewasa yang lain. Sibuk dengan statement, “aku dah besarlah, mana ada masa nak lepak2 chill tengok kartun, makan choki2 tue semua”. Ha nie contoh suka hati dia. Ok takpe? 


Tapi, bagi aku beritahu korang, yang diorang sibuk2 acting like a childish nie sebenarnya bosan dengan life orang dewasa gitu. Asyik2 nak kena serius, asyik2 je macam cool. Apalah, enjoy la sikit banyak lagi masa nie tak salah rasanya melompat macam monyet ke apa asalkan tak melanggar undang2 dan hukum syarak. Yer kata2 orang tua, diorang nie tak puas lagi dengan zaman kanak2 dulu, sekarang bila jambang dah sampai lutut baru mula nak menghargai zaman2 tue semua.

Tapi ok what?? Nampak happy go lucky je. Takde la balik2 kerja je, “I migraine nie, tidur dulu nite..tadi kat ofis banyak kerja layan karenah sana sini” ala enjoylah sikit, bukan suruh pegi pub, disko mahupun dangdut sekalipun. Nak bagi korang faham, apa yang mereka2 konon tak matang nie buat cuma simple. Lepak, makan, main game, sport, gelak2 sakan semua tue normal je macam orang lain.

Mungkin sesetengah sikap budak kecik diorang tue yang melampau sampai merengek2 mengengsot2 mintak susu tue aku rasa sekian korang bolehlah nak bagi kaki. Just, enjoy your life don’t make anything complicated macam orang dewasa yang betul2 dewasalah konon. Meluat.

Sebagai peringatan acting like a childish, tak semestinya think like a childish owkeh? Kebiasaannya, mereka2 nie lebih matang berfikir, solve problem, dan mengeluarkan idea2 yang lebih bernas & panas dari orang dewasa yang sebenar. Sebab mereka yang ala budak2 nie lebih fresh, cool, humour dan semua tue akan menimbulkan persekitaran yang lebih cerialah. Berbanding orang dewasa yang terkunci dalam pemikiran kedewasaan merekalah sangat. Hampeh. Bosan. Tension.