Wednesday, 16 November 2011

baru nak update ..

Yer betul2.. Aku memang dah lama tak update blog. Biasalah keje banyak, Ok, tunggulah entry terbaru aku. Mungkin 2,3 hari lagi.. mungkin bulan....

Tuesday, 5 July 2011

kawan baik ialah kawan yang baik

Ok. Betul tak tipu.. Nie entry terbaru aku. Enjoy reading..

Cerita pasal kawan? Rakan? Friend? Sama je tue.. Janji bukan nak citer pasal kapel2. Takde maknanya. Pernah tak kisah korang bermula dengan berkawan, lama-kelamaan menjadi semakin rapat, dan lama-kelamaan menjadi semakin kelam. Ok sori, tukar ayat kelam jadi renggang. Pernah ker? Jangan perasan sangat nie bukan nak cerita pasal kapel2. Ok, aku akan bagitahu korang ape sebabnya jadi macam tue, dan cara2 nak mengatasi(macam nak menjawab soalan spm)

Sebelum tue, aku tak nafikanlah, semua orang mestilah ada kawan yer dak? Tapi kalau setakat gaduh2 dengan kawan2 nie biasalah tue, biasalah sangat2. Bak kata pepatah, air yang dicincang takkan putus, tapi lainlah kalau air tue mengeras jadi ais, ko cincang ker, ketok2 ker hancurlah die. Tapi lagi sekali, korang ada kawan baik ker? Kalau ada baguslah. Bukan senangkan nak bagi die pangkat kawan baik or bff nie.Tapi ingat, kawan baik nie bukanlah seperti kawan biasa, bukan juga seperti adik beradik walaupun ramai cakap macam tue, bukan jugak seperti kekasih korang. Jadi jangan mudah labelkan seseorang dengan panggilan kawan baik, sebab nilai & maksud die jauh sangat2 memang tak sama dengan apa yang korang fikirkan..

Sebab korang gaduh dengan kawan baik

Sebab terlalu rapat, jadi mudah terasa, sampai isu berebut choki2 pon menjadi isu hangat, tak tegur sebulan.

Korang buat gurauan gila melampau kat kawab baik tue seperti melakonkan watak penculik then tepon guna public phone lalu cakap mak die dalam tebusan korang sambil mintak 5 juta sebagai pertukaran.

Terlalu tidak serius, die tengah syok nak tanya pasal keje or mintak tolong, korang pegi buat lawak seperti pakai topeng Hello Kitty, ketip kuku, dan berbual dalam tepon menggunakan loghat yang sukar difahami beliau.

Korang kehilangan pensil picit kesayangan, emosi tak stabil then terbawak2 pulak perasaan amarah tue kat kawan baik ko yang entah tak tahu apa2. Jadilah isu marah takde sebab.

Terlalu kebudak-budakkan sangat or childish, sampai sikap koraang dan sebagainya tak menyenangkan hati kawan baik korang tue. Mungkin akan memalukan die bile kuar sama ,secara tetibe badan ko mengalami suatu rangsangan mengikut alunan muzik opening theme song Shin Chan, lagi2 dikhalayak ramai. Malu yang diterima beliau lebih hebat dari termakan batu2 akuarium yang disangka gula2.

Yang nie pulak cara2 nak mengatasi

Buat selamba, buat macam takde ape2 berlaku semalam, bertegur macam biasa, mungkin salah sorang takot or nak bermula. Lagi satu jangan lupe say sorry. Baru tak tergantung cerita.

Kali nie pun cuba buat selamba, kalau teguran korang tidak diendahkan, sila jangan tegur lagi, takot kaki beliau terbang ke bibir korang. Biarkan die cooldown dulu.

Kalau korang dah sedar buat dia marah or terasa, takot nak berdepan kerana kawan baik korang dulu pernah belajar karate. Jadi gunalah tulisan. Emel die, sms or call die. Tapi kalau dok sebelah2 tue boleh juga buat muka tak malu say sorry in piece of paper letak kat meja die. Toksah susah2 anta surat ke alamat beliau.

Belikan kawan baik korang sesuatu yang paling die nak sangat2. Tamagotchi pon ok jugak. Tak payah yang mahal2. Chikedis mungkin ok. Mintak2 die dengan korang cepat2 berbaik. Tak payah nak beli tiket wayang ke ape2 yang sebegitu rupa. Pergaulan ada batasan, kang pakwe or makwe die dapat tahu, korang jugak yang susah.

Kalau semua cara2 yang diusahakan tak menjadi takpe. Jangan susah hati. Ikut cara die, mungkin die dah meluat dengan sikap korang nie haa. Kalau die rasa malas nak bertegur ker nak berkawan lagi ke or ape2 je abaikan je. Respect dia. Mungkin die lebih senang begitu. Janji korang dah berusaha. People come & people go.

Thursday, 30 June 2011

sindir kau

Entry kali nie bukan saja2 nak kutuk ker nak sakitkan hati mana2 pihak. Tapi aku dengan sengajanya berniat nak buat macam tue. Ikut suka hati. Start.

*Amar a.k.a operator pengeluaran kilang
*Rudy a.k.a budak sekolah rendah

Amar : Weh ko sini jap.

Rudy : Kenapa bang? Saya nak cepat nie, sakit perot.

Amar : Kejap tue maksud die tak sampai seminit. Cepatlah.

Rudy : Haa yela, nak tanya jalan ke nie?

Amar : Takdenya aku nak tanya jalan, aku yang nak bagitahu jalan kat ko nie. Kat depan tue ade traffic light kan? Ko masuk kiri, lepas tue ko jalan je tak perlu belok2 sebab memang takde simpang pun kat situ.

Rudy : Ha? Kenapa tiba2 jadi baik nie? Kalau saya nak belok2 juga boleh? Tapi saya tak kenal abang pun?

Amar : Jangan jadi bodoh sebab kat situ parit kiri kanan. Boleh tak jgn mencelah? Aku tak habis cakap lagi. Aku Amar, seorang lelaki.

Rudy : Haa cepatlah. Lelaki rupanya. Dah seminit nie, tak tahan dah. (selamba bodohkan aku, dahlah tak bagi salam tadi)

Amar : Ok sambung balik, lepas tue dalam 300m ko akan jumpa tiang lampu yang tumbang, ko masuk kanan. Lepas tue ko jalan dalam 3,4 meter ko berhenti je ko akan jumpa seseorang.

Rudy : Seseorang? Kenapa saya pulak kena jumpa nie?? Saya nak cepat nie sakit perot tadi banyak makan betik. Lagi pun siapa seseorang tue?

Amar : Diamlah ko, dengar je ckp aku. Aku nie garang orangnya tahu? Seseorang yang aku cakap tue, orang yang inginkan perhatian tetapi jual mahal. Senang cerita ego lebih.

Rudy : Ini serius bang, mungkin sebab saya selalu ponteng sekolah tapi saya bukan bodoh. Saya tak berapa paham ape kaitan cerita abang nie dgn saya??? Lagi pun saya nak balik, rumah kt dpn tue je, ha nampak mak dah panggil dah. Rudy oo Rudy...(sambil buat suara perempuan)

Amar : Memang la ko takde kaitan, aku saja je buat cerita nie sebenarnya aku tgh sindir orang.

Rudy : Ok bye, nice to meet you. Buang karen betol.

Amar : Weh ada lagi 7 saat nie? Oii. Oitt.....(cakap sorang2 smbil makan coki2)

*Soalan : Siapakah gerangan yang Amar sindir tersebut?

Monday, 27 June 2011

no idea

Okey2 tenang...tenang, firstly minta maaf dulu sebab dah lama rasanya tak update blog nie. Yang nie bukan saja2 malas, tapi sebab sibuk dengan kerja. Nak kata kerja tue melambak, tak juga sebab aku saja lambak2 kasi meriah sikit. Kenapa? Sebab aku suka hatilah.

Sekarang nie toksah mengharap sangat sebab aku pun tengah blurr nak wat entry apa nih. Isu apelah aku nak membebel sangat2 nie. Serius bosan, setiap hari baca blog budak2 nie, gelak dalam hati, lepas tue sambung wat keje. Pastu balik rumah tido kejap, bangun jer terus main game, makan tue pun kalau tak lupa, then tido pukul 5 pagi lepas ulang2 tengok anime sama 432 kali agaknya. Lepas tue bangun lambat pegi keje sambil sarapan dengan nugget. Masuk ofis, wat muka cool & innocent. Wah3, normal jugak hidup aku!

Jadi sape2 yang rase macam baik hati, lapang, serta perasan cute boleh la bagi idea apa yang aku nak tulis nie. Jangan mengarut2 sangat dah. Ada budak tue suruh aku tulis pasal futsal & game? Fish3 betol la.. Manalah aku ada masa nak buat review tue, keje aku membebel bukannyer bagi info2 or ape2 je yang sebegitu rupa. Harap maaf saudara, cari kat goolge kalau nak sangat.

Okeylah bye, sebab bosan. Thanks for reading, new entry will come soon...

Thursday, 9 June 2011

ko pon sebok nak politik

Dalam blog aku nie, kalau boleh aku memang tak nak cerita pun pasal politik, agama, kaum. Benda nie memang ada sensitivity sendiri. Kalau ko takde ilmu tinggi baik jangan sentuh bab2 nie. Boleh mengundang hujan asid. Macam tue sekali ibaratnya. Apa? Ibarat tue tak sesuai? Ikut suka hati ko nak guna hujan batu ker, hujan duit ker asalkan menggambarkan kedasyatan. Owkeh?

Sebenarnya, aku cuma nak bagi peringatan sikit kat budak2 yang suka sangat cerita dengan lantangnya bab2 sensitif nie. Terutama pasal politik. Ok budak2 maksudnya orang yang dah baligh jugalah, tapi kira bawah umur 21 & toksah nak bongak sangat macam dia tue dah paham dunia2 politik nie bagai. Adik2, bila dah cukup umur silalah mengundi kalau dah gian sangat.

Dah tahu diri tue belum cukup umur, jangan buat pandai2 buka cerita politik sana sini. Haram jadah tahu tak? Bikin mata aku separa juling dengan orang lagak macho kiut macam ko nie. Senang2 tuding jari yang pemimpin nie jahat, yang nie baik sangat2, sayang dia. Haktuii.. yup mungkin betul dan mungkin salah dengan apa yang ko cakap tue. Tapi ingat siapa kita sangat nak berpolitik? Baru lepas sunat, baru belajar bercouple dah kepoh.

Ikut suka hati ko nak cakap aku jahil bab2 politik. I'm sorry ''kata amir raja lawak''. Ko cakaplah aku macam mana aku kebal kritikan. Lagipun aku kenal diri aku siapa, aku jugak tak pernah nak bukak isu2 politik nie kt public macam ko. Bukan sebab aku cetek sesangat bab nie, tapi aku tak suka, Nanti ko paham sendiri kenapa.

Senang cerita, aku nie walaupun boleh dikategorikan layak mengundi tapi aku tak daftar pun lagi. Takdelah busy sangat dengan duniawi just malas nak daftar. Ada beribu2 lagi orang macam aku nie. Memang kerajaan cakap mengundi itu wajib. Tapi masa ko kecik2 memanglah ko berkobar2 tengok bapak, jiran2 semua pergi mengundi. Ko pon sebok nak follow walaupun masa tue ko baru kenal perkataan ayam & biskut.

Aku pun macam tue jugak dulu, tapi bila ko dah mula beranjak dewasa, ko mesti paham punya. Apa tue politik? Ha bila ko dah layak ko bolehlah buat ikut suka hati hentam mana2 orang yang ko rasa betul nak tolong Malaysia ke Melayu ke or apa2 je. Jangan pandang sebelah mata beb, guna hati tue sekali. Aku bukan nak psycho ko nak mengundi siapa2. Aku sampai sekarang pun belum dapat hidayah agaknya nak mengundi siapa yang aku nak. Doakan aku dapat hidayah untuk mengundi ok? Just nak cakap, budak kecik diam boleh tak? Politik2...umur seciput.

Renung2 sikit :


Politik itu tak salah, tapi perlu ker politik apabila dalam keadaan macam nie? Ko sanggup? Ko masih cakap wajib? Aku sayang bangsa dan agama aku. Ko sayang siapa pulak?

Memecahbelahkan org Islam dan Melayu

Fitnah antara kaum dan agama

Kebanyakan org politik pengkhianat bangsa dan agama

Buka aib sendiri dan orang lain

Agama dipolitikkan

Rasuah & makan duit rakyat

Berpuak-puak dalam Islam/Melayu

Sanggup berkomplot dengan orang bukan islam, untuk kepentingan peribadi

Kedaulatan raja dipermainkan dan jadi pertikaian

cikgu, anak & mak bapak

Cerita yang nie tak tahu best ke tak. Aku terdetik nak memberi pendapat sikitlah pasal isu2 ibu bapa saman cikgu. Walaupun cerita nie dah bersepah & masyarakat pun kira macam dah lali dengan isu2 nie. Tapi bagi aku…ok jujur, bukan bagi aku, tapi bagi mata aku yang meluat tengok2 benda sebegini rupa. Jadi oleh kerana tak tahan menanggung sakit mata tak tentu hala, aku pun melempiaskanlah perasaan aku kat sini. Apa? Ikut suka hati…

Kalau zaman dulu, mak bapak hantar anak2 ke sekolah siap pesan dengan cikgu lagi, “cikgu nie anak saya, nanti ajarlah dia jadi orang berguna owkeh! Tak kisah nak sepak terajang kalau dia tak dengar kata.” Tiba2 mak budak tersebut menambah, “Tapi jangan sampai masuk spital yer, kami nie orang susah takde duit nak bayar yuran spital.” Akhirnya cikgu tersebut tersenyum dapat lampu hijau, budak tadi pun pura2 cool padahal dah cuak.

Tue pasallah ramai orang2 yang dulu berjaya. Diorang hormat cikgu2 nie macam mak bapak sendiri. Kita datang nak belajar, nak ilmu, tapi sibuk maki cikgu macam2 macam mana nak berkat? Ok jujur, aku tak pernah maki2 cikgu & kurang ajar semua. Tapi kadang2 kutuk sikit2 bersama teman2 yang sekepala je. Standardlah manusia, raya nanti datang rumah cikgu minta maaflah.

Cerita saman menyaman nie dah bosan dah, sikit2 nak saman. Takde kerja lain agaknya, daripada saman2 tue baik selesaikan secara berhemah, bersemuka, bawak pegi kedai kopi ke, then tanyalah apesal muka anak korang ada kesan macam lepas rekrut askar? Cikgu pun senang2 juga nak ceritakan hal sebenar. Nie tak, anak balik rumah mengadu kena pukul sikit, “jom kita pegi balai buat report!”.. Hekk ko, nak percaya sangat2 ke dengan anak tue? Sayang anak yek2 sangat. Jangan esok2 kita yang kena pijak. Weh, semua yang terjadi mesti ada sebab, so jangan nak kecoh sangat2 bertindak macam lembu kepanasan.

Apalah, ada cara mudah nak selesai pun nak ke court. Mak bapak banyak sangat tgk drama kat tb kot, sikit2 je “jumpa di mahkamah''. Ok fine, mungkin cikgu tue melampau, mungkin juga anak tue kurang ajar, mungkin juga mak bapak bertindak melulu. Jadi nak kena buat macam mana? Dah ko yang anta anak pegi belajar kat situ. Terimalah seadanya. Kata nak anak jadi insan berjaya. Konon.


p/s Jangan ingat cikgu pukul kita semua tue kira keganasan. Nak belajar memang perlukan ketegasan. Nak manja2? Ko dari kerabat diraja mana? Kalau dah masuk air banyak sangat memang kena ajar sikit. Pukul sebab nak mendidik owkeh!
.
.
.
.
.
*mak bapak boleh bukak sekolah sendiri, sekolah pondok pun boleh kalau tak cukup bajet. Bolehlah ajar anak2 nie dengan cara yang digemari.

*cikgu2 pun jangan nak naik darah sangat, kesabaran memang penting dalam mengajar si bodoh. Ok what, yang datang belajar tue pandai2 ker? Kalau dah pandai buat apa datang sekolah.

Tuesday, 7 June 2011

angan2 ikut suka hati

Ini bukan nak cerita pasal angan2 mat jenin kena hempuk dengan buah kelapa, tapi cerita pasal angan2 aku. Apesal? Ikut suka hati akulah nak berangan pun. Bagi aku, angan2 tue pencetus kepada inspirasi. Yang nie petikan aku ambik dari Dr Fadzilah Kamsah. Dia kata kalau kita nak jadi orang yang berjaya, semua orang tak sah bermula dengan angan2. Kira first steplah tue.

Tapi kalau ada geng2 korang semua yang berangan nak jadi oltromen ke, nak jadi hulk ke yang tue bolehlah ko hempuk dengan buah kelapa. Jadilah sama dengan cerita angan2 mat jenin. Melampau tak sudah. Bila kita tengah best angan2, macam kitalah watak utama dalam tue. Macam kitalah yang paling hensem gedabak walaupun dekat dunia realiti ada jiran2 yang samakan rupa kita dengan jam randik.

Ada sesetengah orang tue berangan nak jadi kaya, tapi aku rasa majoriti mesti first angan2 korang nak jadi kaya kot. Aku pun sama, aku punya angan2 nak nie kaya raya. Best giler, tapi takdelah lokek2. Aku nak jadi orang first banyak masuk tv sebab banyak sedekah2 kat orang susah. Terkenallah aku camnie. Aku ada sebuah company, pekerja2 or CEO dalam tue semuanya daripada family aku. Best weh.

Aku nak semua family aku berserta suami isteri diorang tinggal dalam satu rumah. Rumah kotak tak mainlah. Yang aku cerita nie rumah banglo. Besar2 punya, aku nak upah banyak2 pak guard, gaji diorang basic rm2000. Ambik ko, aku nak tolong diorang juga, asyik jadi guard gaji tak sampai seribu. Sedih betul. Nasib baik aku seorang kaya yang prihatin. Pastu aku takdelah nak upah orang gaji, amah2 tue sume aku serius tak percaya. Habis aku kena rompak, habis hilang barang2 kat rumah aku. Diorang nie pikir apa, sarung bantal spongebob aku pun kena kebas.

Tue jelah kot angan2 aku. Nampak macam simple je. Yelah, nak jadi kaya. Asal ko tak berangan nak jadi artis ker jadi tentera laut ker? Dah tentu ikut suka hati akulah. Aku pikir, bila dah jadi kaya esok2 senanglah aku nak jadi apa2 pun. So, tue target aku. jadi mesti kena belajar betul2, dapat kerja yang best2 & bila dah jadi kaya jangan nak membongak. Hidup kena selalu beringat mana asal-usul kita owkeh! 


Angan2 pencetus inspirasi. Gudluck to u all. Selamat berangan2.