Tuesday, 5 July 2011

kawan baik ialah kawan yang baik

Ok. Betul tak tipu.. Nie entry terbaru aku. Enjoy reading..

Cerita pasal kawan? Rakan? Friend? Sama je tue.. Janji bukan nak citer pasal kapel2. Takde maknanya. Pernah tak kisah korang bermula dengan berkawan, lama-kelamaan menjadi semakin rapat, dan lama-kelamaan menjadi semakin kelam. Ok sori, tukar ayat kelam jadi renggang. Pernah ker? Jangan perasan sangat nie bukan nak cerita pasal kapel2. Ok, aku akan bagitahu korang ape sebabnya jadi macam tue, dan cara2 nak mengatasi(macam nak menjawab soalan spm)

Sebelum tue, aku tak nafikanlah, semua orang mestilah ada kawan yer dak? Tapi kalau setakat gaduh2 dengan kawan2 nie biasalah tue, biasalah sangat2. Bak kata pepatah, air yang dicincang takkan putus, tapi lainlah kalau air tue mengeras jadi ais, ko cincang ker, ketok2 ker hancurlah die. Tapi lagi sekali, korang ada kawan baik ker? Kalau ada baguslah. Bukan senangkan nak bagi die pangkat kawan baik or bff nie.Tapi ingat, kawan baik nie bukanlah seperti kawan biasa, bukan juga seperti adik beradik walaupun ramai cakap macam tue, bukan jugak seperti kekasih korang. Jadi jangan mudah labelkan seseorang dengan panggilan kawan baik, sebab nilai & maksud die jauh sangat2 memang tak sama dengan apa yang korang fikirkan..

Sebab korang gaduh dengan kawan baik

Sebab terlalu rapat, jadi mudah terasa, sampai isu berebut choki2 pon menjadi isu hangat, tak tegur sebulan.

Korang buat gurauan gila melampau kat kawab baik tue seperti melakonkan watak penculik then tepon guna public phone lalu cakap mak die dalam tebusan korang sambil mintak 5 juta sebagai pertukaran.

Terlalu tidak serius, die tengah syok nak tanya pasal keje or mintak tolong, korang pegi buat lawak seperti pakai topeng Hello Kitty, ketip kuku, dan berbual dalam tepon menggunakan loghat yang sukar difahami beliau.

Korang kehilangan pensil picit kesayangan, emosi tak stabil then terbawak2 pulak perasaan amarah tue kat kawan baik ko yang entah tak tahu apa2. Jadilah isu marah takde sebab.

Terlalu kebudak-budakkan sangat or childish, sampai sikap koraang dan sebagainya tak menyenangkan hati kawan baik korang tue. Mungkin akan memalukan die bile kuar sama ,secara tetibe badan ko mengalami suatu rangsangan mengikut alunan muzik opening theme song Shin Chan, lagi2 dikhalayak ramai. Malu yang diterima beliau lebih hebat dari termakan batu2 akuarium yang disangka gula2.

Yang nie pulak cara2 nak mengatasi

Buat selamba, buat macam takde ape2 berlaku semalam, bertegur macam biasa, mungkin salah sorang takot or nak bermula. Lagi satu jangan lupe say sorry. Baru tak tergantung cerita.

Kali nie pun cuba buat selamba, kalau teguran korang tidak diendahkan, sila jangan tegur lagi, takot kaki beliau terbang ke bibir korang. Biarkan die cooldown dulu.

Kalau korang dah sedar buat dia marah or terasa, takot nak berdepan kerana kawan baik korang dulu pernah belajar karate. Jadi gunalah tulisan. Emel die, sms or call die. Tapi kalau dok sebelah2 tue boleh juga buat muka tak malu say sorry in piece of paper letak kat meja die. Toksah susah2 anta surat ke alamat beliau.

Belikan kawan baik korang sesuatu yang paling die nak sangat2. Tamagotchi pon ok jugak. Tak payah yang mahal2. Chikedis mungkin ok. Mintak2 die dengan korang cepat2 berbaik. Tak payah nak beli tiket wayang ke ape2 yang sebegitu rupa. Pergaulan ada batasan, kang pakwe or makwe die dapat tahu, korang jugak yang susah.

Kalau semua cara2 yang diusahakan tak menjadi takpe. Jangan susah hati. Ikut cara die, mungkin die dah meluat dengan sikap korang nie haa. Kalau die rasa malas nak bertegur ker nak berkawan lagi ke or ape2 je abaikan je. Respect dia. Mungkin die lebih senang begitu. Janji korang dah berusaha. People come & people go.